Nama je Halia kentang, tapi takde pun pasal masak-masak kt belog ni..maka kali ini mahu cite pasal masak-masak..
Tadaaaa, hari ini aku nk tunjukkan cara-cara mengoreng/memasak/mengaring/membuat BURGER buat anak-anak + cucu cicit ku sekalian sekaligus tuk panduan mereka men masak2x di kala masa lapang nty..
korang janganlah cakap" yek eleh, wat burger je kot, sbok nak tayang2x kt Belog" atau cakap camni "isy, xpandai masak ke minah halia kentang"..Jangan cakap pape ok..(bajet ada org bca blog ni je kn2)
Seperti sedia maklumat umum, aku ni tahu masak westren je tp Burger jelah yg aku pandai buat, yg len ngah mempelajarinya lg..cewaahh..eh, masak speggeti letak bawang kecik ke bawang beso yer??demm, aku da lupa wat speggeti cara manual..speggeti segera je aku reti buat iaitu beli kt kedai..
Resepi Burger ala Halia Kentang:
memula, sediakan bahan-bahan seperti timun, tomato, kobis, daging beger Hasan Ramly..
pastu sayur-sayuran itu mestilah dicuci sehinggan suci dan dipotong-potong dengan seeloknya..
eh, lupa pulak, ni kira bahan utama nak wat beger la iaitu Roti....Roti Burger mesti ada yer klu x, xsempurna burger anda itu..
sedang anda memasak daging burger itu, boleh lah lakukan keja-keja ni sekaligus iaitu letakkan majerin kt roti burger pastu letakkan/tepekkan kat tepi kuali lempang leper tue..dah agak-agak cam 2 3 minit angkat pastu susun sayur-sayuran yg suda suci itu di atas roti. kemudian curahkan/titiskan sos cili dan mayonis sesuka hati anda....untuk pengetahuan awam aku ni suka sumua jenis sayuran, xkira lah sayur apa..klu rumput tue sejenis sayuran yang berkhasiat, da lme jugak aku makan..tapi aku bukan spesis kambing okie, aku spesis manusia /mamalia berdarah panas jer..
Tadaaa...Akhirnya, inilah burger yang suda siap di masak/ dilahap oleh aku....kat sini aku ada beberapa petua nak jadikan daging beger tue sedap/garing/melazatkan..(bajet ala-ala chef jer..erkk)
1. Belahkan daging burger yang tadi tue menjadi dua bahagian setelah daging itu garing sedikit..
2. Bungkuskan/Letakkan dengan telur selepas daging burger itu masak/boleh dimakan.(waktu ni stok telur melor umah aku da abis, so xley nak letak ler..)
3. Letakkan sedikit serbuk kari + serbuk lada suluh + lada hitam + air perahan bawang merah semasa sedang memasak daging burger ni..kompom sedopp..
Harapan aku menaip entry ni ialah moga2x anak cucu cicit tahu membuat burger sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain seperti bantuan kedai burger depan umah atau Restoran McD..sekian..
p/s: agak-agak akan datang kalu aku dah ada anak + laki sendiri, kalu hidangkan burger hari-hari ok x??masak burger aku paling terer + master ckit..masak len-len mmg ke laut la jawabnya...sadis tol sape yg jadi bakal keturunan aku nty..huhuhuhu..