suka, duka, gembira, sedih, seronok, derita, sesal, runsing, gementar, bimbang, kecewa dan sewaktu dengannya telah ku lalui dalam tahun 2011..
sememangnya setiap apa yang ku lalui ini telah menjadikan diriku seorang yang lebih berhati-hati dalam setiap tindakan/keputusan, seorang yang berani dalam mengatakan sesuatu untuk kepentingan diri, seorang yang lebih matang daripada diri yang sebelumnya...
itulah CERITA 2011...
maka CERITA 2012 belum dilalui tetapi telah ku lakarkan sedikit ceritanya...
- mahu bergelar seorang warga pendidik di masa hadapan...
- mahu menjadi seorang anak yang membalas jasa orang tuanya di kampung..
- mahu mencari sebuah hubungan yang direstui oleh Allah S.W.T..
apa-apa pun yang berlaku di masa hadapan, aku mengharapkan semuanya baik-baik sahaja..
amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan