*-*

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 12 Disember 2011

Nasib atau Takdir

kadang-kadang kita tak dapat menjangka perkara akan berlaku pada hidup kita 60 minit lagi..
sekejap rasa bertuah..sekejap rasa derita..
tapi apa yang boleh aku buat adalah dengan bersangka baik sahaja apa yang berlaku ini.

1.pagi tadi  kereta ayah tercalar akibat aku terlanggar gate depan umah sewa aku..
*mungkin tuhan bagi peringatan untuk aku berhati-hati bila undurkan kereta untuk keluar rumah lepas ini*

2.lepas dhuzur tadi ketika menunggang motorsikal, tetiba enjin mati ketika hendak menyeberang jalan raya besar..
*mungkin tuhan suruh aku buang sikap malas berjalan kaki sebab jarak destinasi terlalu dekat*

3. petang tadi kena tahan + marah ngan pak guard sebab pakai seluar jeans dan seliper  ketika masuk kampus
*mungkin tuhan nak aku menutup aurat dengan sempurna*

4. kadang-kadang terasa diri ini sangat useless...
*sebenarnya bila aku rasa macam ini, baru aku rasa nak dekatkan diri serapat-rapatnya dengan Maha Pencipta...*

Rupa-rupanya semua yang terjadi ini mempunyai hikmat atau sebaliknya yang tersirat...selama ini aku lalai, aku alpa, aku ghairah dengan duniawi..terima kerana membuat aku terjaga dari angan/lamunan yang dicipta oleh syaitan ini ya Allah..



Tiada ulasan: