*-*

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 27 Februari 2012

terakhir

ada orang kata
"Isn't it ironic?
we ignore the ones who adore us,
adore the ones who ignore us,
love the ones who hurt us,
and hurt the ones that love us"
*adoii*

rasa-rasa macam nak delete blog ni sebab blog ni dah msuk virus.
gambo sumua dah tade..babai blog..

Ahad, 26 Februari 2012

aktiviti seharian

kedukaan, kesepian, kesedihan itu sudah tiada lagi..
yang perlu aku lakukan adalah menempuh hari-hari dengan penuh kegembiraan..
tak perlu meminta-minta perkara yang sukar digapai..
bersyukurlah dengan apa adanya..

*bila duk umah tanpa kawan, memanglah bosan tapi famili itu kan ada=)*

Isnin, 20 Februari 2012

gelak kecil

kadang-kadang baca komen-komen orang dalam FB buat aku tergelak,
lagi-lagi komen ngan sedara mara, adik beradik yang tidak kisah erti kesopanan dalam percakapan
seolah-olah lupa pangkatnya dalam perhubungan
tetapi rasa hormat itu tetap ada.
ahh, aku tergelak kecil apabila membaca komen orang-orang dalam facebook..
buat aku lupa seketika apa itu "kesepian, kesedihan".


Isnin, 13 Februari 2012

gadis siput

bagiku kau terlalu baik untuk dilukai,
salahkanlah diriku andai itu dapat memberi ketenangan buatmu
:(

Jumaat, 10 Februari 2012

biarlah,,

biarlah aku di sini
biarlah aku tetap di sini
teruskanlah langkahmu
jangan terus menoleh ke belakang lagi
jangan kau terus menunggu sesuatu yang tidak pasti
ada sesuatu yang lebih indah sedang menantimu
pergilah sebelum terlewat
kejarilah sesuatu yang indah itu
pasti semua ini ada hikmah
hanya ALLAH s.w.t sahaja yang mengetahuinya..

Rabu, 8 Februari 2012

bulan ditutup awan

Wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan 
kini engkau pergi jauh membawa diri 
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan terkenang... 
hati bertambah rawan 
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu 
tentu tidak kuturut sedari dahulu 



Selasa, 31 Januari 2012

Ciri-ciri lelaki ku...

penantian yang diharapkan..

tahun 2012, umur pun semakin meningkat
maka perancangan untuk mengubah cara hidup telah membuak-buak dalam hati ku..
ditambah lagi dengan keadaan di mana kawan-kawan yang telah berkahwin meningkat hari demi hari..
siapa yang tak jeles wey tapi takpelah sudah itu perjalanan hidup diaorang kan..
tahniah okie!

hmmm...
nak kahwin tapi tak sedia
nak kahwin tapi takde duit
nak kahwin tapi calon suami tidak diketahui..erkk


MAKA dengan ini aku nak senaraikan ciri-ciri untuk menjadi LELAKI HALAL ku.
1. tak alim tapi solat lima waktunya dijaga dan boleh bimbing aku untuk jadi isteri solehah
2. tak kaya tapi boleh menanggung kemampuan/keinginanku dengan selesa
3. tak kacak tapi mata aku sedap memandang mukanya
4. tak putih tapi janganlah hitam macam negro
5. tak serius tapi janganlah asyik 24jam bergurau je.
6. tak merokok sebab itu kriteria calon menantu bapak aku..
7. nakal tapi nakal cikit-cikit jelah, bukannya jahat seperti penjenayah
8. egois tapi sesekali kenalah mengalah dengan aku or bagi aku peluang untuk menang
    bila kitaorang berperang
9. pandai masak sikit (reti buat sup ayam je pn boleh) sebab aku nak belajar masak
    dengannya
10. tak perlu 24jam nak msg or call aku tapi satu msg untuk 1 hari cukuplah
11. tak romantis tapi sesekali bagi barang kemas pun ok jgk..


ok, cukuplah 11 kriteria ni..lagipun aku bukanlah perempuan yang hebat untuk mencari lelaki yang hebat..aku adalah insan yang sederhana untuk menuju ke arah kesempurnaan..

sekarang ini aku tatau siapa empunya diri yang menjadi LELAKI HALALku nanti
tapi aku mengharapkan dia ada kriteria yang aku senaraikan..amin..takde 11 pun, ada 2, 3 pun takpelah..



Khamis, 26 Januari 2012

penawar racun


mendapat semangat daripada video ini...
terima kasih..
bersyukur dengan segalanya
jangan bersedih hati,Allah itu sentiasa ada..

Rabu, 25 Januari 2012

Hati

apabila perlu, dia datang
apabila senang, dia lupa

benci tapi sayang
sayang tapi tak mendalam

masih berteka teki sehingga kini
belum berani untuk membuat apa-apa keputusan


Sabtu, 21 Januari 2012

dugaan

kesihatan ku tak berapa nak baik
muntah-muntah + pening kepala + sakit perut sepanjang hari..
ini adalah penanda untuk demam untuk setahun sekali..
badan panas tapi rasa mengigil kesejukan
tatau nak cakap apa
moga kembali seperti sedia kala

Jumaat, 13 Januari 2012

boleh hidup tanpa 'perkataan' ini..

aku paling-paling tak gemar bila orang lain guna perkataan-perkataan berikut di depan aku ketika sedang bercakap, berborak, bergurau, marah, geram atau sebagainya..
perkataannya adalah seperti berikut:
1. BODOH
2. BABI
3. SIAL
4.BENGAP
5. CIBAI
6. PERKATAAN YANG BERBAUR LUCAH

bukan nak kata aku ni seorang yang jenis skema atau berbudi bahasa tinggi, tapi aku telah dididik oleh orang tua ku agar tidak menggunakan perkataan-perkataan ini.. Hasilnya aku akan kelihatan pelik,benci, janggal bila dengar perkataanII berikut..

aku juga selalu menggunakan perkataan-perkataan kasar selain daripada 6 perkataan itu..contohnya:
1. BENGONG
2. SENGAL
3. BABY
4. FAKROL
6. BONGEK
bagi aku perkataan ini lembut sikit berbanding perkataan di atas itu..maaf, aku tak ley terima kalau orang lain cakap perkataan yang aku tak suka tuh..maaf, maaf..

tapi lagi elok kalau semua manusia di dunia cakap dengan perkataaII indah sahaja;p
*peringatan buat diri sendiri*




Selasa, 10 Januari 2012

Sakit hati atau Geram

entahlah banyak benda yang mempengaruhi emosiku..
walaupun sudah habis pengajian sebagai seorang pelajar  tetapi hatiku bagai senang langsung..
lepas ini kena fikir pasal nak buat apa, ke mana hala tuju, bila posting, bla.bla.bla
makin rumit adalah sumua ini, ingatkan lepas belajar makin mudah..tidak okie!
bila dah fikir macam-macam , emosi pun jadi tak menentu..
bila dah emosi tak menentu, habis semua orang sekeliling jadi sasaran
maaf semua..maaf atas sikap ini.

No idea lah..



Sekarang ini isu 'Adam Adli' semakin hangat diperkatakan di kampus UPSI yang bakal ku tinggalkan sekejap lagi. Sebagai salah seorang warga UPSI, banyak jugak kesan sampingan yang terpalit terkena pada ku..
Tetiba teringat kembali subjek-subjek yang pernah ku pelajari sepanjang 8 semester di sini..
Bermula dengan Hak asasi, Perlembagaan, Aliran Politik di Malaysia, di akhiri dengan Sistem Undang-undang dan Politik dan Kerajaan..
Sedikit sebanyak ilmu yang telah  dipelajari ini membantuku dalam pemahaman mengenai isu Adam Adli..
...................
menuntut sesuatu tetapi dengan tindakan yang salah..


tetapi ini pula pandangan Lect. Politik dan Kerajaanku:
Secara politiknya, hukuman itu bukan untuk Adam. Hukumannya itu untuk pelajar yang bercita-cita mahu jadi Adam atau terinspirasi untuk bertindak seperti Adam -Dr.Muhaimin Sulam-

Khamis, 5 Januari 2012

Angkara Si N....

sekarang pukul 1.23pagi dan mataku belum rasa nak tidur lagi..badan terasa letih tapi tak boleh nak tidur..
golek sana, golek sini, peluk anon, peluk mila still tak boleh tidur lagi..
arghhhhhh..
tension nya..sumua ini salah N..
N oh N..
N adalah untuk nescafe..
siang tadi terlampau banyak minum nes O ais, akhirnya malam ku jadi begini..
esok ada peperiksaan yang menggugat pointer ku..
peperiksaan yang diadili oleh lect yang sangat sangat sangat leceh bab kasi markah..
carrymark pun tak sampai 40..
mana mahu dapat A??
harap lulus sahaja la...
nak tidur, nak tidur, nak tidur!!!!

(*anon+mila= teddy bear)

Rabu, 4 Januari 2012

Terima Kasih...

Satu ayat yang boleh buat semua orang rasa dihargai ialah perkataan  TERIMA KASIH..

oleh itu aku nak bagi ucapan TERIMA KASIH ini buat seseorang..
terima kasih sebab bersabar dengan aku..*aku tatau berapa lagi kau kena sabar dengan aku*
terima kasih sebab selalu memenuhi permintaan aku..*aku nak SKII boleh?*
terima kasih sebab bagi semangat, kritikan membina, kutukan, ejekan yang boleh bagi aku terhibur selain buat aku gelak macam tak ingat dunia..
terima kasih  sebab selalu terpaksa ketawa di hadapan aku walaupun cerita atau reaksi muka aku tak selawak mana pun..
terima kasih sebab buat aku selesa di samping kau..
maka dengan ini aku mendoakan agar kau SIHAT seperti sediakala..get well soon =)
starlight <3